Sejak akhir2 ni....ramai sahabat2 yang mengirimkan kad kahwin masing2....Seingat aku, ada 4 sahabat yang berkahwin dalam bulan 11 dan 12 ni......Bermula dengan Hidayah di Bandar Baru Uda, JB pada 29 November, Adib Harun di Alor Setar 30 November, Nur Rina aka Acas di Linggi pada 6 Disember dan bakal menyusul Hafiza aka Epit di Pasoh pada 13 Disember ini....Tahniah kawan2 kerana sudah menamatkan zaman bujang anda...
Namun, bagi aku yang masih baru di awal alam pekerjaan ni, amatlah susah untuk menghadiri jemputan2 kawin ini...Hati memang sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan sendiri persandingan mereka....Buat hidayah dan Adib....Maaf dipinta kerana tidak dapat hadir untuk memeriahkan majlis atas masalah tugasan yang baru dipikul ini, jauh dari kalian....
Namun, aku sempat menghadiri majlis perkahwinan Acas di Linggi minggu lepas....amboi...berseri2 muka acas bila kami (aku, asma, farah, zila, apek dan 2cool) sampai ke kamar pengantin untuk bersalaman....Sempat juga kami bergambar dengannya sebelum bersanding....Namun, tiada foto bersama di atas pelamin dapat dirakamkan kerana aku perlu segera pulang untuk memenuhi undangan lain...
Pada hari yang sama, jiran terdekat, Kak Long pun selamat bertunang pada pukul 2.30 petang....oleh kerana itu lah aku perlu bergegas pulang segera dari rumah acas....sempat juga merakamkan gambar bersamanya....

Kenangan di hari bahagia Acas
Kumbang yang hadir bersama

Cantik Acas di atas pelamin...manis senyumannya

Majlis Pertunangan Kak Long
Ini lah serba sedikit isu perkahwinan dan pertunangan sahabat2....Gembira dan bahagia hati ini bila melihat kegembiraan mereka yang bakal menjalani alam rumahtangga selepas ini....Bohong andai tidak cemburu melihat sahabat2 sudah mempunyai kehidupan lain....mungkin ramai lagi selepas ini...mungkin bulan 3 atau mungkin bulan 5 tahun hadapan......aku hanya menantikan undangan2 dari kalian....Seronok juga rasanya dapat mengumpul gambar2 perkahwinan kawan2 yang selama ini menjadi teman seperjuangan ketika sekolah, praktikal, teman di utm dan juga jiran terdekat...Mungkin minggu hadapan dapat aku mengabadikan kenangan bersama Epit di Majlis perkahwinan nya di Pasoh pula.